Alhamdulillah.. itu saya yang aku boleh lafazkan sekarang kerana aku sudah berjaya habiskan diploma aku. Cita-cita aku dari kecil dah pun terlaksana.
Nak pakai jubah, nak jalan atas stage amik skrol pastu ada orang tangkap gambar. yes i did it.!! pastu ada orang bagi bunga.
Impian aku dah terlaksana. Dari kecil tau aku teringin sangat nak buat semua tu. maka pada 13 May 2011 hari tu aku dah berjaya buktikan aku pun boleh la..
Sunday, May 15, 2011
Yes berjaya juga akhirnya
Posted by wan aizat at 1:55 PM 0 comments
Friday, February 18, 2011
BURLESQUE..?? Ape tu??
ha.. ini lah cerita tadi yang aku baru tengok dengan Amirul Fadzuan, Farz dealy, Zetty Zaidin, Ratnasari Dewi dan Noreen Hashim. Kami tengok kat TGV Bukit Raja. cerita ape ni?? sape BURLESQUE tu?? meh aku cerita meh..
Sebelum aku tengok cerita ni, aku pun tertanya-tanya apelah maksud BURLESQUE tu. (padahal dah siap tengok thriller kat Youtube dah dulu) BURLESQUE tu sebenarnya nama tempat ataupun nama club yang ada kat bandar L.A. Club ni lebih kurang macam tempat hiburan malam-malam minggu untuk orang-orang nak tengok persembahan. Persembahan pulak bukan macam tengok orang kareoke. Bukan! Persembahan tarian yang mengiurkan.. slurppp.. Pakai pulak seksi-seksi kan.
Ape kaitan Christina ngn Cher ni?? Diaorang ni lah yang pendokong watak utama dalam cerita ni. Christina atau Alice dalam cerita ni merupakan perempuan yang dah bosan duk kat kampung dia dan nak ubah hidup dia nak jadi penyanyi kat bandar. Kira dah tak tahan sangat duk kat kampung jadi pelayan bar yang tak laku. Jadi dia berhijrahlah. Pastu jumpa la dengan tempat BURLESQUE ni. Time tu lah dia jumpa Cher ni ataupun nama watak dia Tess. Lepas tu si alice ni kira nak jadik macam penari-penari kat situ lah. Macam-macamlah dia cuba tarik perhatian Tess ni. Tapi dalam masa yang sama dia kenal-kenal la dengan mamat yang jaga arak kat situ Jack namanya (tak tahu nama sebenar hero tu ape). Macam-macamlah terjadi. Dapat tak Alice ni join kumpulan tarian tu?? Mestilah dapat dah namanya heroin. Camna dia dapat join?? Tess tu jahat ke baik?? Camna Jack nak tarik perhatian Alice?? Ending cerita ni best ke tidak??
Aku malas nak cerita panjang-panjang ni. Nak tahu tengoklah sendiri. Kalau rajin download. Kalau tanya aku aku bagi 4 bintang untuk cerita ini. Sebab tarian mereka best. Props dia leh tahan gempak. Suara christina pun best. Kelakar memang kelakar. Tapi yang tak best dah dapat jangka dari awal jalan cerita dan ending. Tapi satu kepuasan untuk cerita pertama lakonan Christina Aguilera. Kalau pergi tengok pun tak rugi sebab best ada nyanyi-nyanyi, menari-nari.
Nah ni sedikit pencuci mata untuk korang tengok.
Posted by wan aizat at 1:13 PM 0 comments
Tuesday, February 1, 2011
Cuma 5 saat cepat
Yang aku boleh cakap Tuhan masih menjaga aku. Semuanya berlaku dengan cepat. lebih kurang 30 minit yang lepas berlaku satu eksident antara motor LC dan EX5. Dan nasib ketiga-tiga mereka terselamat.
Kalau aku lambat lima saat je tadi aku mungkin terlibat, dan mungkin aku tak dapat tulis entri ni. memang gila babi. kejadian tadi berlaku kat Kampung Kutan Hilir depan surau rumah Amir(nanti aku kenalkan).
kalaulah aku bawak motor sambil layan jer, mungkin aku terlibat sama. aku sempat pandang muka Pak Cik dan anak dia (mungkin juga cucu) lagi. memang mamat LC ni suka bawak motor laju barangkali. sebab sebelum berlakunya kejadian aku dengar tayar mengelongsor hebat di brek dengan sepaksa boleh (tu ayat nak gambarkan bunyik sebelum eksident). memang betul-betul sebelah telinga aku.
Motor LC datang dari arah sama dari EX5. Mungkin LC cuba untuk brek supaya tak langgar EX5 tapi tak sempat. tapi aku plak datang dari arah bertentangan dari mereka. tapi kalau aku lambat tadi aku rasa aku paling teruk.
Apa yang aku lihat Pak cik dan anak dia barangkali keluar carik angin sebab pada pemerhatian aku pak cik dan anak dia tak pakai helmet. tu salah merekalah. dan motor di bawak tak lah begitu laju. macam nak kejar masa ke ape tidaklah. mamat LC ni plak memang gaya suka bawak laju, sebabnya dia pilih LC yg memang terkenal dengan laju, mungkin juga mamat ni baru balik dari supermarket sebabnya, dia ada bawak beg plastik berisi air susu dan makanan tapi semuanya pecah. kesian.aku pulak dalam perjalanan nak ke CC sebab nak print PTPTN punya kejadah. nasib baik aku cepat lima saat. Alhamdulillah..
Tapi ape yang sempat aku lihat (setelah sibuk aku Uturn sebab nak tengok ape berlaku) tiada kehilangan nyawa terjadi. tapi mamat LC ni luka terseret di tar pada kedua lengan kulitnya terkoyak menampakkan isi merahnya. dan juga pipi sebelah kiri ada kesan tar mungkin terkena sedikit. Pak cik tu pulak cuma luka kecil di kaki. anak tu pula mungkin terhentak kepala dekat tar sebab dia duk pegang kepala dia (harus kena check takut ada luka yang belah dalam). kalau lah tadi aku ada kamera boleh aku kongsi kat sini dah cuma aku ada kamera handphone yang cikai saja.
P/S : motor LC tak lah berapa kukuh sebabnya motor tadi terpatah kedalam. tapi EX5 stay stedy tak rosak pun cuma sidemiror jer terputar.
Posted by wan aizat at 3:11 AM 0 comments
Friday, January 28, 2011
fuhhh...
Seperti yang di janjikan aku mahu letakkan pic terbaru aku yang tak berapa semenggah ini..
Posted by wan aizat at 11:52 AM 0 comments
Thursday, January 27, 2011
Posted by wan aizat at 5:16 AM 0 comments
Wednesday, December 8, 2010
Melawat Artist
Assalamualaikum selamat pagi dunia.
Berkobar-kobar rasanya nak buat sketches bila dengar artist painting Malaysia bagi semangat untuk teruskan perjuangan dalam seni halus kat Malaysia. bukan calang-calang orang bagi semangat kat aku ni.
Begini.
Selepas dapat tahu artist painting ini masuk hospital kerana mengalami masalah jantung dan dia baru keluar dari hospital malam kelmarin. aku bersama amirul pergilah melawat dia. Harris Ribut orang yang aku maksudkan. Beliau kelihatan sedikit lemah namun rancak pula bercerita pengalaman berada di bilik operation. walaupun aku sangat ngilu mendengar tapi exited pulak bila orang yang bercerita tu orang yang aku kagumi bakat beliau. (sungguh bahasa melayu ayat aku)
macam mana aku kenal Harris Ribut?? ha... al-kisah, kawan kepada amirul, Illi Nabilah (betul ke aku eja?) merupakan anak kepada artist ni. aku jumpa beliau pun baru dua kali. Tu pun sempat salam cium tangan jer. macam tu la kisahnya. macam mana aku tahu dia masuk wad? tu pun tahu dari facebook illi nabilah itu sendiri.
Walaupun luarannya En Harris Ribut ni nampak sahaja tegas tapi hakikatnya beliau seorang yang ramah. tak sangka dapat duduk dan berbual dengan beliau. Sambil-sambil berborak tu, mak Illi hidangkan cheese cake dan air nenas. langkah kanan lagi. sedap gilerr cheese cake.
Entah macam mana terkeluar topik Fine art pun aku tak tahu. Mula-mula tu, takut jugak nak berbual pasal fine art ni. Iya la kan siapa lah aku nak berbincang pasal dunia fine art dengan artist ni. Kalau nak dibandingkan aku dengan dia macam sampah dengan permata. orang kata hingus masih meleleh lagi. Tapi bagusnya En Harris Ribut ni, walaupun aku ni hingusan masih jugak nak melayan. banyak jugak la benda yang aku tahu semalam. dari painting kat ruang tamunya di ambilnya dari biliknya. tak cukup dengan itu di bukakan dalam kotak kayu. Semata-mata nak tunjukkan koleksi painting yang dia ada. Dari sketches dulu-dulu hinggalah sketches sekarang semua dia nak tunjuk. Tapi satu jer dia tak puas hati, sketches kulit hitam tak sempat dia nak tunjuk. Tiba-tiba pulak berkobar-kobar nak buat sketches. Aku ni pulak jenis hangat-hangat taik anjing. time ni berkobar-kobarlah. (walaupun sebenarnya yang bawak keluar isteri beliau, saja nak sedapkan cerita, ye la dia kan sakit mana boleh nak bergerak lebih)
Dia sempat pesan kat aku rajin buat sketches. kalau boleh belajar water colour media. sebab media ni cukup mahal. tak ramai boleh buat. Dia pun nak belajar balik media ni yang dah lama dia tinggal. dia kata water colour pentingkan kebersihan. kalau silap buat nanti tak cantik. water colour bukan macam akrilik atau cat minyak, silap buat boleh layer lagi. dia ada bagi tahu nanti aku kena belajar water colour, nanti tunjuk kat dia. Bukan ajar dia, maksud aku tunjuk hasil sketches kat dia dia nak tengok.Alamak malu la pula nak tunjuk work aku kat artist.
Dia cerita lagi, ada segelintir peminat dia nak beli dia punya sketches on da sport dia buat. begitu berpengaruh beliau ni. Dia cerita lagi orang melayu ni bila nak beli painting tahu nak murah je. Tak macam orang asing begitu menghargai seni. banyak lah sempat aku dengar dari dia, pengalaman dia cukup mencabar sebelum dapat jadi seperti sekarang. dulu harga painting dia tak ada lah mahal RM300, RM400 dah boleh dapat dah. sekarang berganda-ganda harganya. Dia sempat nasihat aku, kalau nak jual painting jangan mahal-mahal sebab aku ni masih baru lagi. kalau nak berjaya kena banyak masuk pertandingan dan show. Barulah boleh nak berjaya. tak hairanlah dia boleh berjaya. dari muda lagi dia dah banyak masuk pertandingan dan show.
Dia ada bagitahu rancangan dia akan datang, dia nak tambah lagi banyak koleksi sketches dia. Dia nak pergi Bali nak tengok dan cari inspirasi. Bersemangat dia bercerita. Aku tak puas pulak dengar orang tua ni bercerita.
Tapi bila aku bercerita kat dia aku nak tukar dalam bidang lain tak ada pulak dia menghalang. Dia sempat cakap lagi. Tak mengapa sambil-sambil tu buat painting. Ape lagi terbakarlah semangat aku nak mencalit warna. namun dalam keseronokan dia bercerita aku dapat melihat dia kepenatan dalam melawan sakitnya itu. sesekali dia mengurut kakinya. Walaupun banyak bakat-bakat baru yang muncul tapi sebutir permata tak mungkin muncul yang sama. Patah tumbuh hilang berganti. Yang tumbuh tak mungkin sama. Yang hilang tak mungkin serupa.
P/S : Aku ingat nanti nak melawatlah sekali galeri dia. mungkin aku boleh dapat sketches free ke (gelak jahat). Nak tengoklah dia buat painting depan mata kepala aku sendiri.
Posted by wan aizat at 2:33 PM 3 comments
Thursday, November 11, 2010
selamat kembali
Posted by wan aizat at 11:06 AM 3 comments






















