THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 15, 2013

SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Syukur.


Perkataan pertama yang terlintas. Esok lusa belum tentu terlintas dengan perkataan 'syukur' ni. 

Ialah hari2 asyik complain je itu tak kena, itu tak betul, kadang2 boleh terlupa dengan perkataan yg satu ni. 

Syukur Ya Allah,
Aku masih bernafas dan masih waras berfikir.
Syukur Ya Allah,
Aku di kurniakan keluarga yang bahagia ini. Walaupun ada selisihan kadang kala.
Syukur Ya Allah,
Aku masih berkesempatan untuk melihat ciptaan-Mu yg indah ini.
Syukur Ya Allah,
Atas segala nikmat yg Engkau beri.

Dengan rasa syukur ini lah yg menyedarkan diri kita bahawasanya kita masih beruntung berbanding orang lain.

Kadang2 otak bodoh ni lupa yang Allah sentiasa bersama hamba-Nya. Otak yang bodoh ini juga lah yang lupa dan alpa dengan suruhan-Nya. 

Lupakan seketika tentang kedegilan otak yg bodoh ni.

Sama2 kita mengingatkan antara kita kekuasaan Tuhan yang Maha Esa. Juga Nabi Muhammad pesuruh-Nya. 

BERSYUKURLAH.

P/s: nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Ampun kan segala salah dan silap hamba yg lemah lagi hina ini. Masih belum mampu nak bagi duit raya.