THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, November 11, 2010

selamat kembali

lama sungguh aku tak menghadap blog yang baru nak menjadi ni. sibuk punya pasal.

Akhirnya. perjalanan aku sudah pun berakhir di machang. diploma pun sudah berjaya aku setelkan. kini tinggal result yang belum tentu boleh bawak aku ke degree. berdebar rasanya macam nak pecah. peritnya fine art dah pun aku habiskan. result mintak-mintak la tak seperit ini.

kawan aku ada tanya " kau tak sabar nk habis ker kau sedih nk tinggalkan kawan-kawan.??"

giler aku tak happy nak habis. tapi sedih memang sedih nak tinggalkan kawan-kawan yang dah jadi penghibur aku. manis bai.. setiap semester aku bertukar kawan. bukan bergaduh tapi bertambah. yang lama tetap berkawan lah yang baru bertambahlah. tapi bile dah aku berada kat tempat-tempat senior baru aku rasa susahnya nak tinggalkan tempat yang dah jadi sebati hari-hari. 

takkan ku lupa sigai nasi kukusnya. takkan aku lupa amds port yang baik punya, takkan ku lupa dewan tempat aku bekerja, takkan ku lupa klinik tempat practice teater, takkan ku lupa kolej tun abdul razak tempat aku melelapkan mata, takkan ku lupa food court tempat cuci mata tengok orang dating, takkan ku lupa pentas dewan pro tempat aku berteater, tak ingin aku lupa junior dan adik-adik yang masih memperjuangkan teater kat machang, dan takkan ku lupa orang-orang yang masih di machang.

susah senang aku kat machang memang aku tak lupa. kalu nak di ceritakan semua mahunya tak bergerak aku. mahu tak kramp kaki ni. kalau bab yang pahitnya kat machang cukup banyak. air tak ada nak buat mandi tak payah cakap lah. tapi yang tu lah yang jadi manisnya bila nanti berkumpul dan bercerita lagi. masa tu tak ada yang pahit dah.

bila masa tu berlalu. minda pun kenalah dewasa. takkanlah kita nak berada di takuk yang sama. umur pun dah makin meningkat. kau tunggu lah machang aku akan kembali. bukan sebagai budak repeat  tapi sebagai senior yang rindu kenangannya. 

adik-adikku berjuanglah sehabis daya.. good bye machang, shah alam here i come..

P/S : jangan ingat aku lupa kat korang-korang semua sudah.. 

3 comments:

awim afandi said...

like

wan aizat said...

thankss awimmm... bila lg nak merdekanyer??? hahaha

awim afandi said...

haha . tu buke tannyo doh tu , tu nganyim doh :) btw, gudluck jat (: