THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 15, 2013

SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Syukur.


Perkataan pertama yang terlintas. Esok lusa belum tentu terlintas dengan perkataan 'syukur' ni. 

Ialah hari2 asyik complain je itu tak kena, itu tak betul, kadang2 boleh terlupa dengan perkataan yg satu ni. 

Syukur Ya Allah,
Aku masih bernafas dan masih waras berfikir.
Syukur Ya Allah,
Aku di kurniakan keluarga yang bahagia ini. Walaupun ada selisihan kadang kala.
Syukur Ya Allah,
Aku masih berkesempatan untuk melihat ciptaan-Mu yg indah ini.
Syukur Ya Allah,
Atas segala nikmat yg Engkau beri.

Dengan rasa syukur ini lah yg menyedarkan diri kita bahawasanya kita masih beruntung berbanding orang lain.

Kadang2 otak bodoh ni lupa yang Allah sentiasa bersama hamba-Nya. Otak yang bodoh ini juga lah yang lupa dan alpa dengan suruhan-Nya. 

Lupakan seketika tentang kedegilan otak yg bodoh ni.

Sama2 kita mengingatkan antara kita kekuasaan Tuhan yang Maha Esa. Juga Nabi Muhammad pesuruh-Nya. 

BERSYUKURLAH.

P/s: nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Ampun kan segala salah dan silap hamba yg lemah lagi hina ini. Masih belum mampu nak bagi duit raya.

Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013

Alhamdulillah..

Tahun bharu semangat bharu.. Ok3 azam tahun baru..

• dapat naik stage as a designer.. Wow!
• dapat habis kan degree dengan jayanya.. Amin..
• dapat rezeki lebih murah lagi tahun ni. Insyallah..
• dapat buat collection baju sendiri amin..
• dapat naik stage berlakon teater.. Tak mungkin..
• dapat duit raya lagi.. Ahahaha
• dapat sebiji kereta dari abahku.. Tak Mustahil..
• di panjangkan usia kedua orang tua ku keluarga ku saudara mara ku jiran-jiran ku guru-guru ku kawan-kawan ku.. Amin

Walau sebanyak mana pun azam ku doaku untuk tahun ini.. Semua itu hanya bergantung kepada usaha aku sendiri keberkatan dari doa kedua orang tua ku dan juga keberkatan ilmu dari guru-guru aku.. Dan apa yang paling utama segalanya datang dari Tuhan yang satu Allah SWT.. Insya Allah segalanya mungkin..

Menuntutlah ilmu hingga ke negeri china..

P/S : buat kerja biar ikhlas baru puas..

Tuesday, November 13, 2012

Hurrmm assalamualaikum..

Hurmm nak update blog tapi tak tahu nak update ape.. Sia-sia je ada blog.. Gatal..

Life must go on..

Tak mengapa bukan aku orang yang penting.. Tak ada siapa nak tahu perkembangan aq..

Yeah.. Bulan lepas aku dah 23 tahun.. Sekarang sudah sem 4.. Cepat betul masa berlalu..

Ok masa untuk siapkan design.. Bye *sore eye*

Tuesday, June 26, 2012

Bonjour !!

fuhh.. fuhhh dah berhabuk sangat dah blog ni.. langsung tak di update..




Selamat sejahtera sekalian alam.. Alhamdulillah masih bernyawa..

Thursday, June 16, 2011

Thanks all of u..

Seperti yang aku janjikan. Aku dah taruk gambar separuh dari teman-temanku yang aku kasihi dan kagumi. merekalah penceria hidupku. Ceh..

Untuk ape kau nak publish diorang?


aku punya blog aku punya suka lah..




















P/S : yang takde dalam gambar jangan lah kecik hati. bukan ape. banyak sangat gambar. nanti aku masukkan lagi next entri. hihihi.. peace y'all!!

Thanks..



Sebenarnya, its for my friend yang selalu menceriakan hari-hari ku. eleh ingat ke ape. memang seronok kalau kita di hargaikan. Pada aku itu adalah anugerah tuhan yang menghadiahkan aku teman-teman yang menghargai diri aku (poyo la pulak) ni puisi yang aku buat untuk semua kawan, teman, sahabat atau ape sahaja yang menghargai diri ini. (skali lagi poyo lahhh!!)

Saing,
terima kasih untuk semua,
kau memang istimewa dan sangat istimewa,
bukan kerana kau orang kurang upaya,
tapi kau sempurna dalam perhubungan kita,
teman,
ini bukanlah puisi istimewa dan puitis,
sepertimana ciptaan A Samad Said,
mahupun ciptaan lagu M Nasir,
ini puisi untuk teman yang sentiasa ada untuk aku,
ketika hamba Tuhan ini gembira,
kau ada untuk tunjukkan tawa,
ketika aku sedih,
kau juga merasa pedih,
ketika aku sunyi,
engkaulah tempat aku hilangkan rasa sunyi,
setiap kataku yang pedih,
engkau terima dengan tawa,
aku tahu aku tak mampu untuk jadi terbaik,
tapi terima walau apa adanya aku,
friend,
kau harus sedar dan kau harus tau engkau memang sempurna,
jika persahabatan kita berkarat,
kau kilatkanlah dengan rasa cinta,
jika persahabatan kita mula rapuh, 
kau tongkatlah ia,
tanpa engkau aku sendiri,
sunyi yang merobek diri,
aku bukan siapa-siapa,
aku hanya ada keluarga dan engkau,
jika aku mulai berubah kau tegurlah,
jika aku mulai hanyut kau tariklah aku,
bawa aku ke batas,
cinta aku terhadap mu bukan lah cinta mati,
tapi cinta aku padamu hingga ke hayat kelak,
insyAllah..









 fuyoo.. macam tak percaya seni jugak ayat aku ni ya.. ha nanti aku post gambar deh.. see ya..

P/S : Walaupun kawan datang atau pergi aku tyetap yang sama. Terima dirimu apa adanya kawan..










Monday, June 13, 2011

Jeles sejeles jelesnya..

Aku jelessss...

Sape tak jeles beb orang dah sampai luar negara, aku masih kat Malaysia.. NEW YORK beb sape tak nak pergi. Kalau dapat pergi sana barulah amerika beb. Mahu tak kecoh satu kampung. "Anak pok cik ghoni dapat pergi New york". Gila lah tak kecoh negara amerika tu. Bukan senang nak masuk sana.

Kau pandai cakap omputih ke jat?


Eheemm nak tercekik pulak tanya macam tu. boleh la a little bit. hahahaha. Knapa pulak tak boleh selalu menghadap cerita kartun tu, belajar bahasa orang putih la tu. (sambil garu kepala). Tapi kalau mat saleh tanya jalan, laju je aku jawab "i dont know". hahaha. Ok la tu.

Kalau mat saleh tanya. kalau lecturer cakap english dengan kau, kau jawab ape?


well, yes no yes no alright la. hahaha. Tak kan tak reti kot. belajar cakap dari tadika lagi kot "please teacher may i go out?" cikgu jawab "where you want to go?" "to the toilet" aku jawab. ha bukan susah pun. senang je. (lagi sekali garu kepala).

tapi teruk bebenar english aku na. Buat malu cikgu ja. Belajar masuk universiti pun masih tak petah cakap english. Tapi bukan bahasa kita. Kita kenalah martabatkan bahasa melayu pada dunia. Ceh boleh la cakap macam tu sebab aku tak reti bahasa inggeris.

Akan tetapi, aku bukannya tak faham, faham cuma tak tahu nak balas balik orang tanya. Elok lah tu sampai bila pun aku tak maju. Tapi sejak dua menjak ni aku banyak try lah cakap orang putih. broken pun broken lah. kadang-kadang pun malu jugak bila tak reti cakap orang putih. Kita dah 2011 dah. Orang semua banyak guna english. anak buah aku pun kadang-kadang speak in english. Bukan apa, bahasa inggeris lah yang boleh membuatkan kita berhubung dengan dunia luar.

Tapi walaupun aku masih di peringkat yang rendah bahasa inggeris. Sekarang ni aku da belajar bahasa baru. Bahasa perancis. Bonjour? Cava? Ha paham? Maksud dia hello atau hai. Cava maksud dia how are you? ataupun apa khabar. Cis anak pok cik Ghoni cakap perancis.!

Belajar bahasa perfancis ni nak pergi perancis ke?


Insyallah kalau berpeluang. Sapa tak nak pergi tengok tempat orang. Nak jadi katak bawah tempurung? kita kenalah buka minda kita tengok dunia sekarang dah berubah. Semua orang dah kena belajar tiga bahasa sekurang-kurangnya. Barulah anak orang melayu orang nampak. Jangan pandang rendah kat anak orang melayu. tu! Dato' Dr sheikh Muzaffar (betul ke eja ni?) dah sampai ke bulan. Angkasa lepas nuh. Orang melayu tu. Kita boleh maju kalau sendiri yang nak maju. Tapi tu lah kita kena lagi cari ilmu selagi kita masih hidup. Ilmu akhirat pun jangan lah lupa. (walhal aku pun jahil ilmu akhirat).

eleh baru belajar bahasa perancis nak poyo, kami pun tahu banyak bahasa la, bahasa kelantan bahasa kedah, bahasa nogori, bahasa jawa, bahasa sabah, sarawak, kami pun tahu la. 


Tu aku pun tahu pandai, kita kat malaysia kan berbilang kaum, berbilang dialek, lama-lama paham juga orang cakap. Itu tak kira antarabangsa lagi. Itu dalam malaysia lagi. cuba cari orang arab cakap bahasa kedah! ada?  kau pergi perancis kau bawak bahasa kelantan. kau tengok reaksi dia apa. Entah-entah dia kata kau gila cakap bahasa yang diorang tak faham.

Tapi alangkah seronoknya kalau dapat ke USA ke, London ke, Perancis ke. perghh!! tapi jangan ingat aku tak pernah ke luar negara. Ni! wan muhammad aizat bin wan ab ghani da sampai indonesia tau. Mampu? hahaha... aku pernah sampai negara thailand (walaupun cuma kat golok sahaja). Aku dah sampai tau. Akan aku cuba jejakkan kaki di Singapura. hahaha.. Walaupun ini cuma negara asia.

 ini masa rumah stroberi, cantik gilak view atas bukit.

 di ekori penjual yang tak reti bahasa. gambar ni di Tangkuban Parahu

 menunggu makanan belum sanpai di rumah stroberi

ini pun di tangkuban parahu, belakang sana ialah gunung berapi yang tidak aktif.


Ha mampu? Gambar-gambar di atas semasa trip family ke Indonesia. Sape cakap aku tak pernah ke luar negara? Angkat tangan macam saya. Oklah itu sahaja untuk entri kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain masa. bye bye xoxo..

P/S: sebenarnya banyak lagi gambar malas nak tunjuk je. :)