THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, June 13, 2011

Jeles sejeles jelesnya..

Aku jelessss...

Sape tak jeles beb orang dah sampai luar negara, aku masih kat Malaysia.. NEW YORK beb sape tak nak pergi. Kalau dapat pergi sana barulah amerika beb. Mahu tak kecoh satu kampung. "Anak pok cik ghoni dapat pergi New york". Gila lah tak kecoh negara amerika tu. Bukan senang nak masuk sana.

Kau pandai cakap omputih ke jat?


Eheemm nak tercekik pulak tanya macam tu. boleh la a little bit. hahahaha. Knapa pulak tak boleh selalu menghadap cerita kartun tu, belajar bahasa orang putih la tu. (sambil garu kepala). Tapi kalau mat saleh tanya jalan, laju je aku jawab "i dont know". hahaha. Ok la tu.

Kalau mat saleh tanya. kalau lecturer cakap english dengan kau, kau jawab ape?


well, yes no yes no alright la. hahaha. Tak kan tak reti kot. belajar cakap dari tadika lagi kot "please teacher may i go out?" cikgu jawab "where you want to go?" "to the toilet" aku jawab. ha bukan susah pun. senang je. (lagi sekali garu kepala).

tapi teruk bebenar english aku na. Buat malu cikgu ja. Belajar masuk universiti pun masih tak petah cakap english. Tapi bukan bahasa kita. Kita kenalah martabatkan bahasa melayu pada dunia. Ceh boleh la cakap macam tu sebab aku tak reti bahasa inggeris.

Akan tetapi, aku bukannya tak faham, faham cuma tak tahu nak balas balik orang tanya. Elok lah tu sampai bila pun aku tak maju. Tapi sejak dua menjak ni aku banyak try lah cakap orang putih. broken pun broken lah. kadang-kadang pun malu jugak bila tak reti cakap orang putih. Kita dah 2011 dah. Orang semua banyak guna english. anak buah aku pun kadang-kadang speak in english. Bukan apa, bahasa inggeris lah yang boleh membuatkan kita berhubung dengan dunia luar.

Tapi walaupun aku masih di peringkat yang rendah bahasa inggeris. Sekarang ni aku da belajar bahasa baru. Bahasa perancis. Bonjour? Cava? Ha paham? Maksud dia hello atau hai. Cava maksud dia how are you? ataupun apa khabar. Cis anak pok cik Ghoni cakap perancis.!

Belajar bahasa perfancis ni nak pergi perancis ke?


Insyallah kalau berpeluang. Sapa tak nak pergi tengok tempat orang. Nak jadi katak bawah tempurung? kita kenalah buka minda kita tengok dunia sekarang dah berubah. Semua orang dah kena belajar tiga bahasa sekurang-kurangnya. Barulah anak orang melayu orang nampak. Jangan pandang rendah kat anak orang melayu. tu! Dato' Dr sheikh Muzaffar (betul ke eja ni?) dah sampai ke bulan. Angkasa lepas nuh. Orang melayu tu. Kita boleh maju kalau sendiri yang nak maju. Tapi tu lah kita kena lagi cari ilmu selagi kita masih hidup. Ilmu akhirat pun jangan lah lupa. (walhal aku pun jahil ilmu akhirat).

eleh baru belajar bahasa perancis nak poyo, kami pun tahu banyak bahasa la, bahasa kelantan bahasa kedah, bahasa nogori, bahasa jawa, bahasa sabah, sarawak, kami pun tahu la. 


Tu aku pun tahu pandai, kita kat malaysia kan berbilang kaum, berbilang dialek, lama-lama paham juga orang cakap. Itu tak kira antarabangsa lagi. Itu dalam malaysia lagi. cuba cari orang arab cakap bahasa kedah! ada?  kau pergi perancis kau bawak bahasa kelantan. kau tengok reaksi dia apa. Entah-entah dia kata kau gila cakap bahasa yang diorang tak faham.

Tapi alangkah seronoknya kalau dapat ke USA ke, London ke, Perancis ke. perghh!! tapi jangan ingat aku tak pernah ke luar negara. Ni! wan muhammad aizat bin wan ab ghani da sampai indonesia tau. Mampu? hahaha... aku pernah sampai negara thailand (walaupun cuma kat golok sahaja). Aku dah sampai tau. Akan aku cuba jejakkan kaki di Singapura. hahaha.. Walaupun ini cuma negara asia.

 ini masa rumah stroberi, cantik gilak view atas bukit.

 di ekori penjual yang tak reti bahasa. gambar ni di Tangkuban Parahu

 menunggu makanan belum sanpai di rumah stroberi

ini pun di tangkuban parahu, belakang sana ialah gunung berapi yang tidak aktif.


Ha mampu? Gambar-gambar di atas semasa trip family ke Indonesia. Sape cakap aku tak pernah ke luar negara? Angkat tangan macam saya. Oklah itu sahaja untuk entri kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain masa. bye bye xoxo..

P/S: sebenarnya banyak lagi gambar malas nak tunjuk je. :)

Sunday, May 15, 2011

Yes berjaya juga akhirnya

Alhamdulillah.. itu saya yang aku boleh lafazkan sekarang kerana aku sudah berjaya habiskan diploma aku. Cita-cita aku dari kecil dah pun terlaksana.

Nak pakai jubah, nak jalan atas stage amik skrol pastu ada orang tangkap gambar. yes i did it.!! pastu ada orang bagi bunga.

Impian aku dah terlaksana. Dari kecil tau aku teringin sangat nak buat semua tu. maka pada 13 May 2011 hari tu aku dah berjaya buktikan aku pun boleh la..


masa ni lah aku memasang niat nak berjaya. she is my idol. Kerana beliaulah aku nak pakai jubah tu. walaupun aku kat UiTM dan dia maktab tapi aku masih boleh pakai jubah dan lagi cantik kot.


Yes akhirnya jubah aku berjaya sarung dengan usahaku sendiri. Kalau dia masih ada aku harap dia juga banga. Diploma Seni Lukis dan Seni Reka ( seni halus ) barjaya aku tamatkan dangan jayanya.. hahahha Dan ini bukan terakhir aku harap dapat habiskan juga degree aku amin.... insyallah.. tapi fesyen lagi susah kot.. insyallah.. kau juga boleh aizat.

P/S : thanks to mek abah for support selama ni. this is for u.. i love u so much. dan "dia" aku maksudkan ialah arwah kakak aku yang telah kembali ke rahmatullah. dan sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuknya.. Al-fatihah..

Friday, February 18, 2011

BURLESQUE..?? Ape tu??


ha.. ini lah cerita tadi yang aku baru tengok dengan Amirul Fadzuan, Farz dealy, Zetty Zaidin, Ratnasari Dewi dan Noreen Hashim. Kami tengok kat TGV Bukit Raja. cerita ape ni?? sape BURLESQUE tu?? meh aku cerita meh..

Sebelum aku tengok cerita ni, aku pun tertanya-tanya apelah maksud BURLESQUE tu. (padahal dah siap tengok thriller kat Youtube dah dulu) BURLESQUE tu sebenarnya nama tempat ataupun nama club yang ada kat bandar L.A. Club ni lebih kurang macam tempat hiburan malam-malam minggu untuk orang-orang nak tengok persembahan. Persembahan pulak bukan macam tengok orang kareoke. Bukan! Persembahan tarian yang mengiurkan.. slurppp.. Pakai pulak seksi-seksi kan.

Ape kaitan Christina ngn Cher ni?? Diaorang ni lah yang pendokong watak utama dalam cerita ni. Christina atau Alice dalam cerita ni merupakan perempuan yang dah bosan duk kat kampung dia dan nak ubah hidup dia nak jadi penyanyi kat bandar. Kira dah tak tahan sangat duk kat kampung jadi pelayan bar yang tak laku. Jadi dia berhijrahlah. Pastu jumpa la dengan tempat BURLESQUE ni. Time tu lah dia jumpa Cher ni ataupun nama watak dia Tess. Lepas tu si alice ni kira nak jadik macam penari-penari kat situ lah. Macam-macamlah dia cuba tarik perhatian Tess ni. Tapi dalam masa yang sama dia kenal-kenal la dengan mamat yang jaga arak kat situ Jack namanya (tak tahu nama sebenar hero tu ape). Macam-macamlah terjadi. Dapat tak Alice ni join kumpulan tarian tu?? Mestilah dapat dah namanya heroin. Camna dia dapat join?? Tess tu jahat ke baik?? Camna Jack nak tarik perhatian Alice?? Ending cerita ni best ke tidak??

Aku malas nak cerita panjang-panjang ni. Nak tahu tengoklah sendiri. Kalau rajin download. Kalau tanya aku aku bagi 4 bintang untuk cerita ini. Sebab tarian mereka best. Props dia leh tahan gempak. Suara christina pun best. Kelakar memang kelakar. Tapi yang tak best dah dapat jangka dari awal jalan cerita dan ending. Tapi satu kepuasan untuk cerita pertama lakonan Christina Aguilera. Kalau pergi tengok pun tak rugi sebab best ada nyanyi-nyanyi, menari-nari.

Nah ni sedikit pencuci mata untuk korang tengok.

ni lah si hero namanya jack 

part ni tutup badan dengan bolu-bolu jer. Glamm.

suke part ni sebab christina nakal-nakal. huhuhu

suker gila rambut pendek dia yang ni..

ni kira da nak last-last cerita dah..

ni sebahagian costume yang ada tersarung kat badan christina dalam cerita ni..

kalau tak ada dorang berdua tak jadik cerita ni.

Camana bestkan tengok gambar. Lagi best kalau pergi tengok sendiri. Jangan bawak budak bawah umur sebab sangat tak sesuai. Ni pulak gambar kami yang gedik-gedik.


gambar ini di copy dari facebook Zetty Zaidin walaupun pecah tapi berguna untuk bukti.hehehe

P/S : Minggu depan nak tengok Black Swan pulak. Kalau mampulah. :))

Tuesday, February 1, 2011

Cuma 5 saat cepat

Yang aku boleh cakap Tuhan masih menjaga aku. Semuanya berlaku dengan cepat. lebih kurang 30 minit yang lepas berlaku satu eksident antara motor LC dan EX5. Dan nasib ketiga-tiga mereka terselamat.

Kalau aku lambat lima saat je tadi aku mungkin terlibat, dan mungkin aku tak dapat tulis entri ni. memang gila babi. kejadian tadi berlaku kat Kampung Kutan Hilir depan surau rumah Amir(nanti aku kenalkan).

kalaulah aku bawak motor sambil layan jer, mungkin aku terlibat sama. aku sempat pandang muka Pak Cik dan anak dia (mungkin juga cucu) lagi. memang mamat LC ni suka bawak motor laju barangkali. sebab sebelum berlakunya kejadian aku dengar tayar mengelongsor hebat di brek dengan sepaksa boleh (tu ayat nak gambarkan bunyik sebelum eksident). memang betul-betul sebelah telinga aku.

Motor LC datang dari arah sama dari EX5. Mungkin LC cuba untuk brek supaya tak langgar EX5 tapi tak sempat. tapi aku plak datang dari arah bertentangan dari mereka. tapi kalau aku lambat tadi aku rasa aku paling teruk.

Apa yang aku lihat Pak cik dan anak dia barangkali keluar carik angin sebab pada pemerhatian aku pak cik dan anak dia tak pakai helmet. tu salah merekalah. dan motor di bawak tak lah begitu laju. macam nak kejar masa ke ape tidaklah. mamat LC ni plak memang gaya suka bawak laju, sebabnya dia pilih LC yg memang terkenal dengan laju, mungkin juga mamat ni baru balik dari supermarket sebabnya, dia ada bawak beg plastik berisi air susu dan makanan tapi semuanya pecah. kesian.aku pulak dalam perjalanan nak ke CC sebab nak print PTPTN punya kejadah. nasib baik aku cepat lima saat. Alhamdulillah..

Tapi ape yang sempat aku lihat (setelah sibuk aku Uturn sebab nak tengok ape berlaku) tiada kehilangan nyawa terjadi. tapi mamat LC ni luka terseret di tar pada kedua lengan kulitnya terkoyak menampakkan isi merahnya. dan juga pipi sebelah kiri ada kesan tar mungkin terkena sedikit. Pak cik tu pulak cuma luka kecil di kaki. anak tu pula mungkin terhentak kepala dekat tar sebab dia duk pegang kepala dia (harus kena check takut ada luka yang belah dalam). kalau lah tadi aku ada kamera boleh aku kongsi kat sini dah cuma aku ada kamera handphone yang cikai saja.

P/S : motor LC tak lah berapa kukuh sebabnya motor tadi terpatah kedalam. tapi EX5 stay stedy tak rosak pun cuma sidemiror jer terputar.

Friday, January 28, 2011

fuhhh...

Seperti yang di janjikan aku mahu letakkan pic terbaru aku yang tak berapa semenggah ini..


Sementara yang lain keluar berjimba, aku kat rumah nganga. tak sabar nak balik Chinese New Year. Rindu rumah dan mek dan juga abah.

tak banyak berubah pun

my new look 

with my crazy housemate

tak tahan nak buat muka huduh

P/S : Rumah yang jarang kemas. Kalau kemas pun hanya untuk sehari. tukang sepah aku lah. :))

Thursday, January 27, 2011

mak aihh... last update sebulan lepas..

Sekarang aku sibuk dengan dunia baru, dunia fashion. Dunia ni sangat berbeza dari dunia yang dulu. Tak ada main kotor-kotor macam dulu. Sekarang lebih kepada mesin yang susah aku nak kawal. Tak per belajar slow-slow.

Ada banyak kelebihan bila aku memilih fashion sebagai major aku dan aku tak pernah menyesal pernah jadi orang fine art dulu. Sebab di sini (fashion) aku di pandang. Bonus untuk lecturer machang. Memang tak mengecewakan.

Cuma di Shah Alam aku seperti tidak berkaki. aku hanya mampu ke kelas naik bas atau tumpang orang. Memang agak susah tanpa transport kat sini. nak makan pun hanya mampu pergi yang dekat.

nanti akan aku update picture terbaru aku kat sini. tunggu..

ni rambut paling aku suka. tapi last-last kena potong. sedih.


P/S : Senior-senior kat sini tak mengecewakan. thumbs up for them.

Wednesday, December 8, 2010

Melawat Artist

Assalamualaikum selamat pagi dunia.

Berkobar-kobar rasanya nak buat sketches bila dengar artist painting Malaysia bagi semangat untuk teruskan perjuangan dalam seni halus kat Malaysia. bukan calang-calang orang bagi semangat kat aku ni.

Begini.

Selepas dapat tahu artist painting ini masuk hospital kerana mengalami masalah jantung dan dia baru keluar dari hospital malam kelmarin. aku bersama amirul pergilah melawat dia. Harris Ribut orang yang aku maksudkan. Beliau kelihatan sedikit lemah namun rancak pula bercerita pengalaman berada di bilik operation. walaupun aku sangat ngilu mendengar tapi exited pulak bila orang yang bercerita tu orang yang aku kagumi bakat beliau. (sungguh bahasa melayu ayat aku)

macam mana aku kenal Harris Ribut?? ha... al-kisah, kawan kepada amirul, Illi Nabilah (betul ke aku eja?) merupakan anak kepada artist ni. aku jumpa beliau pun baru dua kali. Tu pun sempat salam cium tangan jer. macam tu la kisahnya. macam mana aku  tahu dia masuk wad? tu pun tahu dari facebook illi nabilah itu sendiri.

Walaupun luarannya En Harris Ribut ni nampak sahaja tegas tapi hakikatnya beliau seorang yang ramah. tak sangka dapat duduk dan berbual dengan beliau. Sambil-sambil berborak tu, mak Illi hidangkan cheese cake dan air nenas. langkah kanan lagi. sedap gilerr cheese cake.

Entah macam mana terkeluar topik Fine art pun aku tak tahu. Mula-mula tu, takut jugak nak berbual pasal fine art ni. Iya la kan siapa lah aku nak berbincang pasal dunia fine art dengan artist ni. Kalau nak dibandingkan aku dengan dia macam sampah dengan permata. orang kata hingus masih meleleh lagi. Tapi bagusnya En Harris Ribut ni, walaupun aku ni hingusan masih jugak nak melayan. banyak jugak la benda yang aku tahu semalam. dari painting kat ruang tamunya di ambilnya dari biliknya. tak cukup dengan itu di bukakan dalam kotak kayu. Semata-mata nak tunjukkan koleksi painting yang dia ada. Dari sketches dulu-dulu hinggalah sketches sekarang semua dia nak tunjuk. Tapi satu jer dia tak puas hati, sketches kulit hitam tak sempat dia nak tunjuk. Tiba-tiba pulak berkobar-kobar nak buat sketches. Aku ni pulak jenis hangat-hangat taik anjing. time ni berkobar-kobarlah.  (walaupun sebenarnya yang bawak keluar isteri beliau, saja nak sedapkan cerita, ye la dia kan sakit mana boleh nak bergerak lebih)

Dia sempat pesan kat aku rajin buat sketches. kalau boleh belajar water colour media. sebab media ni cukup mahal. tak ramai boleh buat. Dia pun nak belajar balik media ni yang dah lama dia tinggal. dia kata water colour pentingkan kebersihan. kalau silap buat nanti tak cantik. water colour bukan macam akrilik atau cat minyak, silap buat boleh layer lagi. dia ada bagi tahu nanti aku kena belajar water colour, nanti tunjuk kat dia. Bukan ajar dia, maksud aku tunjuk hasil sketches kat dia dia nak tengok.Alamak malu la pula nak tunjuk work aku kat artist.

Dia cerita lagi, ada segelintir peminat dia nak beli dia punya sketches on da sport dia buat. begitu berpengaruh beliau ni. Dia cerita lagi orang melayu ni bila nak beli painting tahu nak murah je. Tak macam orang asing begitu menghargai seni. banyak lah sempat aku dengar dari dia, pengalaman dia cukup mencabar sebelum dapat jadi seperti sekarang. dulu harga painting dia tak ada lah mahal RM300, RM400 dah boleh dapat dah. sekarang berganda-ganda harganya. Dia sempat nasihat aku, kalau nak jual painting jangan mahal-mahal sebab aku ni masih baru lagi. kalau nak berjaya kena banyak masuk pertandingan dan show. Barulah boleh nak berjaya. tak hairanlah dia boleh berjaya. dari muda lagi dia dah banyak masuk pertandingan dan show.

Dia ada bagitahu rancangan dia akan datang, dia nak tambah lagi banyak koleksi sketches dia. Dia nak pergi Bali nak tengok dan cari inspirasi. Bersemangat dia bercerita. Aku tak puas pulak dengar orang tua ni bercerita.

 Tapi bila aku bercerita kat dia aku nak tukar dalam bidang lain tak ada pulak dia menghalang. Dia sempat cakap lagi. Tak mengapa sambil-sambil tu buat painting. Ape lagi terbakarlah semangat aku nak mencalit warna. namun dalam keseronokan dia bercerita aku dapat melihat dia kepenatan dalam melawan sakitnya itu. sesekali dia mengurut kakinya. Walaupun banyak bakat-bakat baru yang muncul tapi sebutir permata tak mungkin muncul yang sama. Patah tumbuh hilang berganti. Yang tumbuh tak mungkin sama. Yang hilang tak mungkin serupa.








P/S : Aku ingat nanti nak melawatlah sekali galeri dia. mungkin aku boleh dapat sketches free ke (gelak jahat). Nak tengoklah dia buat painting depan mata kepala aku sendiri.