THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, June 16, 2011

Thanks..



Sebenarnya, its for my friend yang selalu menceriakan hari-hari ku. eleh ingat ke ape. memang seronok kalau kita di hargaikan. Pada aku itu adalah anugerah tuhan yang menghadiahkan aku teman-teman yang menghargai diri aku (poyo la pulak) ni puisi yang aku buat untuk semua kawan, teman, sahabat atau ape sahaja yang menghargai diri ini. (skali lagi poyo lahhh!!)

Saing,
terima kasih untuk semua,
kau memang istimewa dan sangat istimewa,
bukan kerana kau orang kurang upaya,
tapi kau sempurna dalam perhubungan kita,
teman,
ini bukanlah puisi istimewa dan puitis,
sepertimana ciptaan A Samad Said,
mahupun ciptaan lagu M Nasir,
ini puisi untuk teman yang sentiasa ada untuk aku,
ketika hamba Tuhan ini gembira,
kau ada untuk tunjukkan tawa,
ketika aku sedih,
kau juga merasa pedih,
ketika aku sunyi,
engkaulah tempat aku hilangkan rasa sunyi,
setiap kataku yang pedih,
engkau terima dengan tawa,
aku tahu aku tak mampu untuk jadi terbaik,
tapi terima walau apa adanya aku,
friend,
kau harus sedar dan kau harus tau engkau memang sempurna,
jika persahabatan kita berkarat,
kau kilatkanlah dengan rasa cinta,
jika persahabatan kita mula rapuh, 
kau tongkatlah ia,
tanpa engkau aku sendiri,
sunyi yang merobek diri,
aku bukan siapa-siapa,
aku hanya ada keluarga dan engkau,
jika aku mulai berubah kau tegurlah,
jika aku mulai hanyut kau tariklah aku,
bawa aku ke batas,
cinta aku terhadap mu bukan lah cinta mati,
tapi cinta aku padamu hingga ke hayat kelak,
insyAllah..









 fuyoo.. macam tak percaya seni jugak ayat aku ni ya.. ha nanti aku post gambar deh.. see ya..

P/S : Walaupun kawan datang atau pergi aku tyetap yang sama. Terima dirimu apa adanya kawan..










0 comments: