THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 8, 2010

Melawat Artist

Assalamualaikum selamat pagi dunia.

Berkobar-kobar rasanya nak buat sketches bila dengar artist painting Malaysia bagi semangat untuk teruskan perjuangan dalam seni halus kat Malaysia. bukan calang-calang orang bagi semangat kat aku ni.

Begini.

Selepas dapat tahu artist painting ini masuk hospital kerana mengalami masalah jantung dan dia baru keluar dari hospital malam kelmarin. aku bersama amirul pergilah melawat dia. Harris Ribut orang yang aku maksudkan. Beliau kelihatan sedikit lemah namun rancak pula bercerita pengalaman berada di bilik operation. walaupun aku sangat ngilu mendengar tapi exited pulak bila orang yang bercerita tu orang yang aku kagumi bakat beliau. (sungguh bahasa melayu ayat aku)

macam mana aku kenal Harris Ribut?? ha... al-kisah, kawan kepada amirul, Illi Nabilah (betul ke aku eja?) merupakan anak kepada artist ni. aku jumpa beliau pun baru dua kali. Tu pun sempat salam cium tangan jer. macam tu la kisahnya. macam mana aku  tahu dia masuk wad? tu pun tahu dari facebook illi nabilah itu sendiri.

Walaupun luarannya En Harris Ribut ni nampak sahaja tegas tapi hakikatnya beliau seorang yang ramah. tak sangka dapat duduk dan berbual dengan beliau. Sambil-sambil berborak tu, mak Illi hidangkan cheese cake dan air nenas. langkah kanan lagi. sedap gilerr cheese cake.

Entah macam mana terkeluar topik Fine art pun aku tak tahu. Mula-mula tu, takut jugak nak berbual pasal fine art ni. Iya la kan siapa lah aku nak berbincang pasal dunia fine art dengan artist ni. Kalau nak dibandingkan aku dengan dia macam sampah dengan permata. orang kata hingus masih meleleh lagi. Tapi bagusnya En Harris Ribut ni, walaupun aku ni hingusan masih jugak nak melayan. banyak jugak la benda yang aku tahu semalam. dari painting kat ruang tamunya di ambilnya dari biliknya. tak cukup dengan itu di bukakan dalam kotak kayu. Semata-mata nak tunjukkan koleksi painting yang dia ada. Dari sketches dulu-dulu hinggalah sketches sekarang semua dia nak tunjuk. Tapi satu jer dia tak puas hati, sketches kulit hitam tak sempat dia nak tunjuk. Tiba-tiba pulak berkobar-kobar nak buat sketches. Aku ni pulak jenis hangat-hangat taik anjing. time ni berkobar-kobarlah.  (walaupun sebenarnya yang bawak keluar isteri beliau, saja nak sedapkan cerita, ye la dia kan sakit mana boleh nak bergerak lebih)

Dia sempat pesan kat aku rajin buat sketches. kalau boleh belajar water colour media. sebab media ni cukup mahal. tak ramai boleh buat. Dia pun nak belajar balik media ni yang dah lama dia tinggal. dia kata water colour pentingkan kebersihan. kalau silap buat nanti tak cantik. water colour bukan macam akrilik atau cat minyak, silap buat boleh layer lagi. dia ada bagi tahu nanti aku kena belajar water colour, nanti tunjuk kat dia. Bukan ajar dia, maksud aku tunjuk hasil sketches kat dia dia nak tengok.Alamak malu la pula nak tunjuk work aku kat artist.

Dia cerita lagi, ada segelintir peminat dia nak beli dia punya sketches on da sport dia buat. begitu berpengaruh beliau ni. Dia cerita lagi orang melayu ni bila nak beli painting tahu nak murah je. Tak macam orang asing begitu menghargai seni. banyak lah sempat aku dengar dari dia, pengalaman dia cukup mencabar sebelum dapat jadi seperti sekarang. dulu harga painting dia tak ada lah mahal RM300, RM400 dah boleh dapat dah. sekarang berganda-ganda harganya. Dia sempat nasihat aku, kalau nak jual painting jangan mahal-mahal sebab aku ni masih baru lagi. kalau nak berjaya kena banyak masuk pertandingan dan show. Barulah boleh nak berjaya. tak hairanlah dia boleh berjaya. dari muda lagi dia dah banyak masuk pertandingan dan show.

Dia ada bagitahu rancangan dia akan datang, dia nak tambah lagi banyak koleksi sketches dia. Dia nak pergi Bali nak tengok dan cari inspirasi. Bersemangat dia bercerita. Aku tak puas pulak dengar orang tua ni bercerita.

 Tapi bila aku bercerita kat dia aku nak tukar dalam bidang lain tak ada pulak dia menghalang. Dia sempat cakap lagi. Tak mengapa sambil-sambil tu buat painting. Ape lagi terbakarlah semangat aku nak mencalit warna. namun dalam keseronokan dia bercerita aku dapat melihat dia kepenatan dalam melawan sakitnya itu. sesekali dia mengurut kakinya. Walaupun banyak bakat-bakat baru yang muncul tapi sebutir permata tak mungkin muncul yang sama. Patah tumbuh hilang berganti. Yang tumbuh tak mungkin sama. Yang hilang tak mungkin serupa.








P/S : Aku ingat nanti nak melawatlah sekali galeri dia. mungkin aku boleh dapat sketches free ke (gelak jahat). Nak tengoklah dia buat painting depan mata kepala aku sendiri.