THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, October 3, 2010

Sayur yang tak elok di buat makan.

“ Siapa Makan Cili Dia yang Rasa Pedas”

Inilah statement yang menjadi kerja artwork salah seorang kawan aku pada semester ini. Kenapa cili yang dia pilih. Tu kena tanya dia sendiri, aku tak boleh nk campur.

Bukan pasal cili yang aku nak cerita tapi pasal maksud di balik statement tu. Cili langsung tak ada kaitan. Statement tu la yang boleh aku simpulkan pada kejadian baru-baru ini berlaku kat muka buku (facebook).

Yang terjadi kat muka buku memang tak patut berlaku sebab ini berlaku kepada pekerja kerajan sesama mereka. Memang betul kawan aku cakap muka buku tempat orang melayu bergaduh. Aku tak kisah sangat kalau cina atau india yang bergaduh tapi ini MELAYU bangsa aku sendiri. Bangsa yang selalu aku bangga-bangga kan. Buat malu melayu je.

Mulanya kisah, aku sangka ini pergaduhan biasa tapi bila dah melibatkan ramai pihak. Dah jadi isu hangat pada orang sekeliling, yang suka menyibuk hal orang, buat aku menyampah. Aku ringkaskan. Si bawang ni memang mulut macam perempuan, tapi pada dasar dan lahiriahnya dia memang lelaki tulen. Memang bawang suka jadikan muka buku ni tempat luahkan perasaan. Tempat dia menceritakan kisah hidupnya yang bosan pada semua. Tak pernah aku kisah hidup dia. Bawang ni mula bercerita tentang si terung(aku namakan) pada muka buku, dengan bahasa kiasan yang kami paham. Dalam masa yang sama ada benih-benih yang menyokong si bawang.

Tapi ada juga  pembangkang yang memang tak puas hati dengan si bawang menentang stetment si bawang kt muka buku. Bawang sangka si terung ni tak update muka buku barangkali. Salah si terung kerana menarik beberapa benih-benih terlibat untuk lihat statement yang bawang buat. Tapi mungkin kalau terung tak tunjuk pun ada si becok yang bercakap.

Maka tersebarlah khabar busuk yang si bawang memang tak puas hati dengan terung. Kemana aku pergi dengarlah pembecok bercakap tentang mereka berdua. Yang baik si terung tak de nak balas balik. Lagi elok diam dari balas balik.

Si bawang yang aku kenal memang suka memberi kritikan pedas pada orang. Tapi kebanyakannya membina. Bab bab kerja dia memang terror. Si terung tak kurang juga.

Tu pergaduhan yang aku nampak yang aku tak nampak malas nak sibuk. Ada la pembecok bercerita nanti. Terbaru. Aku dengar bukan kes ini saja berlaku antara mereka berdua tapi ada juga pergaduhan dan tak puas hati antara si petola, si petai, dan beberapa sayur yang lain. Pergaduhan sayur-sayur ni memang tak baik untuk benih-benihnya yang baru nak naik.

Mungkin sayur-sayur dah bosan dengan environment tempat kerja yang sama setiap semester. Pendapat aku mereka perlu di tukarkan ke tempat lain biar keadaan dah tak sama lagi. Kesian benih-benih ini baru nak bertunas dah di tabur dengan baja yang rosak. Kalau baja tu tak bagi effect tak mengapalah. Takut nanti benih tumbuh tak subur.

Cukuplah pergaduhan antara sayur-sayur. Benih-benih yang tak terlibat jangan la nanti bergaduh sesama kita. Sayur-sayur cukuplah jangan lah kerana nila setitik rosak satu department.

P/s : petai kalau buat sambal sedap ni..
     

0 comments: